SUJUD Sahwi adalah “sujud tambahan” karena
lupa, maksudnya sujud dua kali karena ragu atau terlupa salah satu rukun
shalat, baik kelebihan maupun kekurangan dalam melaksanakannya. Sedang hukumnya
adalah sunat mu’akad.
Dari Abdullah bin Buhainah Al-Asdiy bahwasanya Rasulullah SAW pernah bangkit berdiri dalam
shalat Dhuhur padahal mestinya duduk (attahiyyat awwal), maka setelah selesai
shalat, dalam keadaan duduk sebelum salam beliau bersujud dua kali, dan beliau
bertakbir pada tiap-tiap sujud dan para makmum juga mengerjakan sebagaimana
yang dikerjakan beliau untuk mengganti duduk (attahiyyat) yang terlupa itu,”
[HR. Muslim 1 : 399].Hadits-hadits tentang sujud sahwi ada yang menyebutkan dilakukan sebelum salam, ada pula yang sesudah salam. Dengan demikian, pada dasarnya sujud sahwi boleh dilakukan sebelum atau sesudah salam.
Tata Cara Sujud Sahwi
Sebagaimana telah dijelaskan dalam beberapa hadits bahwa sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud di akhir shalat –sebelum atau sesudah salam-. Ketika ingin sujud disyariatkan untuk mengucapkan takbir “Allahu akbar”, begitu pula ketika ingin bangkit dari sujud disyariatkan untuk bertakbir.
Contoh cara melakukan sujud sahwi sebelum salam dijelaskan dalam hadits ‘Abdullah bin Buhainah,
“Setelah beliau menyempurnakan shalatnya, beliau sujud dua kali. Ketika itu beliau bertakbir pada setiap akan sujud dalam posisi duduk. Beliau lakukan sujud sahwi ini sebelum salam,” (HR. Bukhari no. 1224 dan Muslim no. 570).
Contoh cara melakukan sujud sahwi sesudah salam dijelaskan dalam hadits Abu Hurairah,
“Lalu beliau shalat dua rakaat lagi (yang tertinggal), kemudia beliau salam. Sesudah itu beliau bertakbir, lalu bersujud. Kemudian bertakbir lagi, lalu beliau bangkit. Kemudian bertakbir kembali, lalu beliau sujud kedua kalinya. Sesudah itu bertakbir, lalu beliau bangkit,” (HR. Bukhari no. 1229 dan Muslim no. 573).
Sujud sahwi sesudah salam ini ditutup lagi dengan salam sebagaimana dijelaskan dalam hadits‘Imron bin Hushain,
“Kemudian beliau pun shalatsatu rakaat (menambah raka’at yang kurang tadi). Lalu beliau salam. Setelah itu beliau melakukan sujud sahwi dengan dua kali sujud. Kemudian beliau salam lagi,” (HR. Muslim no. 574).
Bacaan Sujud Sahwi
“Subhana man laa yanaamu wa laa yas-huw” (Maha Suci Dzat yang tidak mungkin tidur dan lupa)
“Perkataan beliau, “Aku telah mendengar sebagian ulama yang menceritakan tentang dianjurkannya bacaan: “Subhaana man laa yanaamu wa laa yas-huw” ketika sujud sahwi (pada kedua sujudnya), maka aku katakan, “Aku tidak mendapatkan asalnya sama sekali.”
Sehingga yang tepat mengenai bacaan ketika sujud sahwi adalah seperti bacaan sujud biasa ketika shalat. “Subhaana robbiyal a’laa” [Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi]
Sahwi bererti lupa atau lalai terhadap sesuatu. Maka ‘Sujud Sahwi’ dilakukan oleh seseorang yang bersolat, apabila terlupa melakukan sunnah Ab’adh atau hal yang salah lainnya tanpa sengaja.
Namun demikian tidak semestinya mereka yang sujud
sahwi kerana lupa sahaja, kerana mereka yang meninggalkan sesuatu sunat
ab’ad seperti meninggalkan ‘Doa Qunut’ dengan sengaja kerana
tidak hafal adalah disunatkan melakukan ‘Sujud Sahwi’ juga.
Maka bolehlah dikatakan dan dipernamakan sujud sahwi di atas qaedah باب الاكتفا
atau الاغلبية (kebiasaan
pengunaannya).
‘Sujud Sahwi’ adalah sunat muakad yang dilakukan untuk
menampung kekurangan atau kecacatan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik
kekurangan rakaat, kelebihan rakaat, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan
terlupa.bahawa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda:
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِـيْ صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى؟ ثَلاَثًا أَوْ أَرْبَعًـا؟ فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَـا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ. فَإِنْ كَـانَ صَلَّى خَمْسًا شَفِعْنَ لَهُ صَلاَتُهُ، وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا ِلأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيْمًا لِلشَّيْطَانِ.
“Jika
salah seorang di antara kamu ragu dalam solatnya sehingga dia tidak tahu berapa
rakaat yang telah dia lakukan, tiga rakaat atau empat rakaat. Maka hendaklah ia
tepis keraguan itu dan ikutilah yang dia yakini. Setelah itu, hendaklah dia
sujud dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia mengerjakan lima rakaat, maka
dia telah melengkapkan solatnya. Namun, jika dia mengerjakan empat rakaat, maka
dua sujud tadi adalah penghinaan bagi syaitan.”
(Hadits Riwayat: Muslim, Abi Dawud,
An-Nasa’I r.a.)
Rasulullah SAW bersabda:إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ، فَإِذَا نَسِيْتُ فَذَكِّرُوْنِيْ.
“Sesungguhnya
aku hanyalah manusia biasa seperti kamu. Aku lupa sebagaimana kamu juga lupa.
Jika aku lupa, maka ingatkanlah aku.”
1. Diharuskan Sujud Sahwi
‘Sujud Sahwi’ dibolehkan apabila
berlaku perkara seperti:
1. Lupa mengerjakan duduk Tahiyyat Awal.
2. Lupamembaca Tasyahud Awal.
3. Tertinggalselawat untuk Nabi Muhammad
SAW pada Tasyahud Awal.
4. Terlupa membacaSurah Fatihah pada rakaat
pertama atau kedua.
5. Menambah rukukatau sujud keranakelupaan,
6. Ragu atau menambah bilanganrakaat solat
dan sebagainya.
7. Tertinggal Doa Qunut(Qunut Solat
Subuh atau Solat Witir Nisfu Ramadhan).
2. Permasalahan- Apabila tertinggal atau terlupa sesuatu rukun solat, tidak boleh diganti dengan ‘Sujud Sahwi’ sahaja, malah sekiranya:
a) Jika teringat ketika
sedang dalam hampir menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka diwajibkan
membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat sehingga
tamat. Kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum salam
kerana perbuatan telah bertambah.
b) Teringat ketika dalam
proses kurang separuh daripada menyempurnakan rukun solat seterusnya, maka
wajib juga membuat apa yang tertinggal itu dengan segera dan menyambung solat
sehingga tamat dan tidak perlu melakukan ‘Sujud Sahwi’ sebelum
salam, jika ia sujud juga maka batallah solatnya.
c) Sekiranya teringat
tidak lama sesudah memberi salam, kira-kira setengah minit, hendaklah berdiri
semula, mengerjakan apa yang tertinggal lalu meneruskan perbuatan solat
seterusnya sehingga tamat, kemudian sunat melakukan ‘Sujud Sahwi’.
d) Disebabkan kesalahan
rukun, jika tidak dilakukan antara dua perkara itu, maka tidak sah solat.
- Sekiranya tertinggal sunat-sunat ab’ad dan telah memberi salam sebelum sujud, sama ada dengan sengaja atau terlupa dan tempoh pemisah antara memberi salam dan selepasnya itu lama, maka luputlah tuntutan ‘Sujud Sahwi’.
- Sekiranya tempoh pemisah itu pendek, maka boleh melakukan semula sujud tersebut dengan dua kali sujud, sambil berniat melakukan ‘Sujud Sahwi’, kemudian memberi salam buat kali kedua.
- Bila di dalam solat timbul keraguan tentang jumlah rakaat maka ambillah jumlah rakaat yang sedikit lalu tambahkan rakaat yang kurang.
- Bila yang terlupa itu salah satu rukun solat, yang tidak dapat dibetulkan segera, maka solatnya tidak sah, dan solatnya wajib diulang semula.
- Jika imam terlupa ‘Sujud Sahwi’, makmum boleh ‘Sujud Sahwi’ selepas imam memberi salam.
.Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma,
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda : “Sesungguhnya Allah telah memaafkan kesalahan-kesalahan
umat-Ku yang tidak disengaja, kerana lupa dan yang dipaksa melakukannya.”
(Hadits Riwayat: Ibnu Majah,
Baihaqi dll.)